Monday, May 5, 2008

KAEDAH KEMAAFAN BERKESAN

Jika artikel sebelum ini saya berkongsi cerita tentang kuasa kemaafan. Hari ini pula saya ingin menyambung cerita mengenai kaedah untuk memafkan dengan cara yang berkesan.
Pertanyaan saya , adakah kita perlu berjumpa dengan orang yang ingin kita maafkan, untuk kita memaafkan orang itu?.Tidak perlu, namun terpulang pada diri anda.
Jika anda merasakan ianya perlu, maka anda bolehlah menghubungi orang itu dan menyampaikan bahawa mulai sekarang dan seterusnya anda memaafkan apa yang telah ia lakukan terhadap diri anda. Ketika itu juga tidak wujud lagi perasaan dendam dan marah terhadap dirinya.
Jadi, apakah kaedah memaafkan yang berkesan?
Pertama, anda perlu menetapkan siapakah anda maafkan. Kedua, pastikan anda berada dalam keadaan rehat dan masuk ke kondisi alpha.. Mengapa harus alpha? Kerana emosi dan memori terletak di minda separa sedar dan minda separa sedar akan bekerja dengan aktif ketika berada di gelombang alpha.
Selepas itu, bayangkan wajah orang yang akan anda maafkan, ucapkan afirmasi berikut:
“Saya memaafkan anda dengan tulus ikhlas dan sepenuh hati. Saya membebaskan dan melepas semua ikatan energi negatif yang ada di antara diri saya dan anda. Mulai saat ini, apa yang pernah terjadi di antara kita, beserta semua muatan emosi negatif yang ada, berakhir sampai di sini. Saya mendoakan semoga anda hidup bahagia, aman dan damai. Sekarang saya telah bebas, anda juga bebas, dan semua perkara menjadi baik di antara kita. Semoga anda hidup bahagia, gembira, aman dan damai.”
Berapa kali afirmasi ini perlu diucapkan? Bergantung kepada anda sendiri. Ada yang melakukahanya sekali, namun ada yang berkali-kali. Yang penting adalah setelah selesai mengucapkan afirmasi fikiran dan perasaan kita tenang dan damai.
Jika setelah anda membayangkan wajah orang yang pernah menyakiti anda dan sudah tidak ada lagi perasaan negatif. Itu bermakna anda sudahpun memaafkan orang itu.
Selamat mencuba, hidup bahagia tanpa marah dan dendam. linncomel

KUASA KEMAAFAN

Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang kuasa kemaafan. Ramai yang berfikir jika kita memaafkan seseorang bererti kita menerima dan setuju dengan perlakuan tidak adil yang orang lain lakukan terhadap diri kita. Ramai yang berfikir bahawa memaafkan bererti kita harus menghubungi kembali orang yang pernah menyakiti kita. Mereka juga berfikir bahawa memaafkan adalah sesuatu yang kita lakukan untuk orang lain. Benarkah begitu? Tidak!. Sama sekali tidak.
Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang kita lakukan untuk diri kita sendiri. Memaafkan sebenarnya adalah tindakan yang sangat “egois” yang hanya ditujukan demi keuntungan dan kepentingan diri kita sendiri.
Memaafkan bukan hanya ditujukan untuk orang lain namun kemaafan juga adalah untuk diri sendiri. Hanya orang kuat yang mampu memaafkan orang lain mahupun diri sendiri.Bak kata, Mahatma Gandhi , “The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong.”
Ramai orang yang mengalami kesulitan untuk berjaya kerana memendam emosi marah dan dendam pada seseorang. Emosi negatif yang tetap “dipelihara” ini akan menjadi parasit kepada diri anda sendiri.
Ketika kita memaafkan seseorang pernah menyakiti itu dengan tulus dan ikhlas , apa yang terjadi ialah kita menyingkirkan vampire psychic energy (parasit), yang selama ini menyedut energi kita tanpa kita sedari, dan selepas memaafkan, energi dan vibrasi kita meningkat, dan kita dapat memanifestasikan kejayaan dengan sangat cepat dan mudah.
Kita sering marah, walaupun sebenarnya sesuatu keadaan atau perkara yang berlaku bukanlah benar-benar menyakitkan kita. Apa yang terjadi adalah kerana wujudnya persepsi yang yang telah ditafsirkan secara negatif.
Ketika kita memaafkan orang lain , energi negatif yang selama ini menghubungkan kita dengan orang itu akan terputus. Orang itu akan merasakan sesuatu yang positif dalam dirinya. Jangan terkejut jika , setelah anda memaafkan orang yang pernah menyakiti anda, tiba-tiba sikap orang itu pada anda berubah walaupun anda tidak memberitahu bahwa anda telah memaafkan dirinya.linncomel

Tuesday, April 29, 2008

PERTEMUAN

Pertemuan merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai.Kerana pertemuan mengeratkan silaturrahim.Pertemuan juga pengubat kerinduan.Pertemuan membangkitkan perasaan kasih dan sayang.Pertemuan juga mengimbas kembali memori indah.Itulah pertemuan