Monday, May 5, 2008

KAEDAH KEMAAFAN BERKESAN

Jika artikel sebelum ini saya berkongsi cerita tentang kuasa kemaafan. Hari ini pula saya ingin menyambung cerita mengenai kaedah untuk memafkan dengan cara yang berkesan.
Pertanyaan saya , adakah kita perlu berjumpa dengan orang yang ingin kita maafkan, untuk kita memaafkan orang itu?.Tidak perlu, namun terpulang pada diri anda.
Jika anda merasakan ianya perlu, maka anda bolehlah menghubungi orang itu dan menyampaikan bahawa mulai sekarang dan seterusnya anda memaafkan apa yang telah ia lakukan terhadap diri anda. Ketika itu juga tidak wujud lagi perasaan dendam dan marah terhadap dirinya.
Jadi, apakah kaedah memaafkan yang berkesan?
Pertama, anda perlu menetapkan siapakah anda maafkan. Kedua, pastikan anda berada dalam keadaan rehat dan masuk ke kondisi alpha.. Mengapa harus alpha? Kerana emosi dan memori terletak di minda separa sedar dan minda separa sedar akan bekerja dengan aktif ketika berada di gelombang alpha.
Selepas itu, bayangkan wajah orang yang akan anda maafkan, ucapkan afirmasi berikut:
“Saya memaafkan anda dengan tulus ikhlas dan sepenuh hati. Saya membebaskan dan melepas semua ikatan energi negatif yang ada di antara diri saya dan anda. Mulai saat ini, apa yang pernah terjadi di antara kita, beserta semua muatan emosi negatif yang ada, berakhir sampai di sini. Saya mendoakan semoga anda hidup bahagia, aman dan damai. Sekarang saya telah bebas, anda juga bebas, dan semua perkara menjadi baik di antara kita. Semoga anda hidup bahagia, gembira, aman dan damai.”
Berapa kali afirmasi ini perlu diucapkan? Bergantung kepada anda sendiri. Ada yang melakukahanya sekali, namun ada yang berkali-kali. Yang penting adalah setelah selesai mengucapkan afirmasi fikiran dan perasaan kita tenang dan damai.
Jika setelah anda membayangkan wajah orang yang pernah menyakiti anda dan sudah tidak ada lagi perasaan negatif. Itu bermakna anda sudahpun memaafkan orang itu.
Selamat mencuba, hidup bahagia tanpa marah dan dendam. linncomel

No comments: